Program Townhall Anak Muda

Automasikan Dunia Anda

Program Townhall Anak Muda merupakan satu platform interaktif yang menghimpunkan golongan belia, pelajar institusi pendidikan tinggi, pemimpin industri dan pihak kerajaan bagi membincangkan isu, cabaran serta hala tuju pembangunan anak muda dalam era digital dan ekonomi masa hadapan. Penganjuran program ini bertujuan memberi ruang kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, berkongsi idea dan mendapatkan pendedahan berkaitan peluang pendidikan, TVET, pembangunan bakat, teknologi, keusahawanan serta potensi kerjaya berasaskan data dan kecerdasan buatan (AI). Melalui sesi perkongsian dan dialog bersama panel jemputan, program ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing, berfikiran kritis dan bersedia menjadi pemangkin pembangunan negeri serta negara selaras dengan aspirasi Melaka sebagai negeri digital dan berpacukan data.