Webinar Data Raya & AI

Automasikan Dunia Anda

Institut Tun Perak (ITP) membawakan Sesi Webinar Data Raya & AI bertajuk “Transformasi Perkhidmatan Awam Melalui Data Raya & AI: Cabaran & Solusi”, sebuah sesi perkongsian yang memberi pendedahan mengenai peranan teknologi Data Raya (Big Data) dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam memperkukuh serta mentransformasikan penyampaian perkhidmatan awam.


Webinar ini akan membincangkan bagaimana penggunaan data secara strategik dan teknologi AI dapat membantu organisasi sektor awam dalam membuat keputusan yang lebih tepat berasaskan data, meningkatkan kecekapan operasi, mengenal pasti trend dan corak, serta menghasilkan perkhidmatan yang lebih responsif terhadap keperluan rakyat. Selain potensi dan peluang yang ditawarkan, sesi ini turut memberi perhatian kepada cabaran yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan Data Raya dan AI serta pendekatan dan solusi yang boleh diterapkan bagi mengatasinya.

Untuk mendapatkan hebahan webinar ini, sila klik pautan di bawah:

Video
Slide